Sabtu, 28 Mac 2009

PROGRAM RAKAN MUDA KHIDMAT MASYARAKAT 2009


Pada bulan april yang lepas Program Rakan Muda Khidmat Masyarakat telah di adakan di Tr.Keyai Sungai Lutong Bakong,Baram.Perjalanan dari bandaraya Miri mengambil masa 2 jam untuk sampai.Keadaan di kawasan rumahpanjang pada masa itu banjir.Tetapi ini tidak mematahkan semangat En.Daniel Batin Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan En.Marvelys Michael Dian Penggerak Rakan Muda Parlimen Baram untuk meneruskan program tersebut.

Jumlah peserta pada masa itu seramai 55 orang daripada sekitar kawasan rumahpanjang tersebut.Pada sebelah malam nya semua peserta di beri taklimat tentang program tersebut dan apa aktiviti atau pembahagikan tugas untuk esok paginya.Pada keesokan harinya semua peserta turun bergotong royong untuk membaik pulih jambatan utama untuk penduduk rumahpanjang mengerjakan pekerjaan seharian.Dalam pemerhatian saya semua penduduk dapat mewujudkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam membuat sesuatu kerja.Ucapan terima kasih kepada penduduk rumahpanjang kerana sudi menerim kehadiran program kami ini.

Sabtu, 7 Mac 2009

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT RAKAN MUDA 2009

Pada bulan mac yang lepas program gaya hidup sihat rakan muda telah di adakan di Kampung Long Bemang Baram.Perjalanan ke sana dari bandaraya Miri mengambil masa 7 jam untuk sampai ke Long Bemang.Pengangkutan ke sana hanya boleh menggunakan pacuan 4 roda sahaja ini keran kita terpaksa menggunakan jalan balak dan jalan yang masih belum siap di turap.Kampung ini mempunyai 250 pintu dan di bahgikan kepada 6 blok rumahpanjang.Suku kaum di sini adalah suku kaum kayan.

Objektif daripada program ini di jalan kan adalah untuk menanam kesedaran masyarakat belia akan kepentingan tanggungjawab sosial dalam membina masyarakat yang sejahtera,membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi ,sosial,dan politik berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu berasaskan semangat sukarela.




-aktiviti khidmat masyarakat








-pemenang peserta paling aktif



- senamrobik