Sabtu, 28 Mac 2009

PROGRAM RAKAN MUDA KHIDMAT MASYARAKAT 2009


Pada bulan april yang lepas Program Rakan Muda Khidmat Masyarakat telah di adakan di Tr.Keyai Sungai Lutong Bakong,Baram.Perjalanan dari bandaraya Miri mengambil masa 2 jam untuk sampai.Keadaan di kawasan rumahpanjang pada masa itu banjir.Tetapi ini tidak mematahkan semangat En.Daniel Batin Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan En.Marvelys Michael Dian Penggerak Rakan Muda Parlimen Baram untuk meneruskan program tersebut.

Jumlah peserta pada masa itu seramai 55 orang daripada sekitar kawasan rumahpanjang tersebut.Pada sebelah malam nya semua peserta di beri taklimat tentang program tersebut dan apa aktiviti atau pembahagikan tugas untuk esok paginya.Pada keesokan harinya semua peserta turun bergotong royong untuk membaik pulih jambatan utama untuk penduduk rumahpanjang mengerjakan pekerjaan seharian.Dalam pemerhatian saya semua penduduk dapat mewujudkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam membuat sesuatu kerja.Ucapan terima kasih kepada penduduk rumahpanjang kerana sudi menerim kehadiran program kami ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan