Khamis, 23 Julai 2009



NAMA:RAHMAT ELLI
T.LAHIR:02 MEI 2009
TPT LAHIR:HOSPITAL UMUM KUCHING
ASAL:KUCHING
KELULUSAN:IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN
(UITM SAMARAHAN)
DIPLOMA PENTADBIRAN (UITM SAMARAHAN)
JAWATAN:PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S27
PERKHIDMATAN:1 TAHUN 2 BULAN
CIRI-CIRI:BAIK HATI,PERAMAH,DIKENALI RAMAI

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA SEKTOR PERUMAHAN ETNIK SARAWAK 2009

Program ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat di 5 kawasan iaitu terdiri daripada Parlimen Miri,Parlimen Sibuti dan Parlimen Baram.Program ini merangkumi nilai-nilai murni modal insan melalui teras ke-4 Rakan Muda iaitu menambahbaik tahap dan kesinambungan kehidupan di kalangan remaja adalah melalui pelaksanaan pelbagai program rakan muda mengikut sektor khususnya sektor perumahan.

Program ini akan mengharapkan ciri-ciri utama aspek pembangunan remaja yang terdapat di dalam falsafah Pembangunan Program Rakan Muda iaitu pembangunan fizikal,mental dan spritual dengan elemen pembangunan masyarakat secara keseluruhan.Program ini mencakupi 4 elemen utama iaitu Interaksi Sosial,Perpaduan Kaum,Cintakan Negara dan Pengukuhan Ikatan.

Program ini akan dilaksanakan berasaskan 8 Gaya Hidup dan 4 program utama Rakan Muda.Pemilihan aktiviti yang ingin dilaksanakan adalah bergantung kepada kemudahan yang sedia ada di tempat itu seperti padang permainan,dewan,gelanggang sepak takraw dan sebagainya.

Dengan ini diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama penduduk kampung yang terpilih.

1 BELIA 1 MALAYSIA

Selasa, 21 Julai 2009

FUTSAL PERSAHABATAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN MIRI VS JABATAN AUDIT NEGARA

SELASA: Perlawanan persahabatan di antara Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Jabatan Akauntan Negara.Perlawanan tersebut bertempat di gelanggang serbaguna Piasau Jaya.Objektif perlawanan persahabatan tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara jabatan yang ada di sekitar Miri serta mengamalkan gaya hidup sihat justeru menjadi role model kepada para belia supaya sentiasa mengamalkan amalan hidup sihat.Diharap perlawanan persahabatan seperti ini diteruskan dari masa ke semasa.