Khamis, 23 Julai 2009

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA SEKTOR PERUMAHAN ETNIK SARAWAK 2009

Program ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat di 5 kawasan iaitu terdiri daripada Parlimen Miri,Parlimen Sibuti dan Parlimen Baram.Program ini merangkumi nilai-nilai murni modal insan melalui teras ke-4 Rakan Muda iaitu menambahbaik tahap dan kesinambungan kehidupan di kalangan remaja adalah melalui pelaksanaan pelbagai program rakan muda mengikut sektor khususnya sektor perumahan.

Program ini akan mengharapkan ciri-ciri utama aspek pembangunan remaja yang terdapat di dalam falsafah Pembangunan Program Rakan Muda iaitu pembangunan fizikal,mental dan spritual dengan elemen pembangunan masyarakat secara keseluruhan.Program ini mencakupi 4 elemen utama iaitu Interaksi Sosial,Perpaduan Kaum,Cintakan Negara dan Pengukuhan Ikatan.

Program ini akan dilaksanakan berasaskan 8 Gaya Hidup dan 4 program utama Rakan Muda.Pemilihan aktiviti yang ingin dilaksanakan adalah bergantung kepada kemudahan yang sedia ada di tempat itu seperti padang permainan,dewan,gelanggang sepak takraw dan sebagainya.

Dengan ini diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama penduduk kampung yang terpilih.

1 BELIA 1 MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan