Rabu, 31 Mac 2010

Lawatan Ke Gelangang Rakyat di Long Bedian dan Long Bemang, Ulu Baram

ULU BARAM: Seramai 4 orang pegawai termasuk Timbalan Pengarah JBSN Sarawak iaitu En. Razali Mohammad, En. Daneil Batin, Ketua Pejabat PBS Miri, En. Jack Janda Pioh Ketua Unit Belia dan En. Mohd Soffi Azizan Ketua Unit Sukan bersama 2 orang pegawai Jabatan Tanah dan Servey Bahagian Miri telah mengadakan lawatan ke Gelanggang Rakyat di Tr. Bantan Jalan Bakong-Long Lama ( 80% siap), Gelanggang Rakyat di Long Bedian (90% siap) dan membuat pemetaan di tapak Gelanggang Rakyat di Long Bemang, Apoh pada 25-26 Mac 2010. Ketiga-tiga tempat ini adalah di kawasan Parlimen P220 Baram. Mengikut statistik Pejabat Daerah Marudi terdapat 98 buah pintu rumah dengan penduduk seramai 1,050 orang di Long Bedian dan 225 buah pintu rumah dengan penduduk seramai 1,265 orang di Long Bemang akan mendapat manfaat daripada pembinaan gelanggang ini. Di Jalan Bakong-Long Lama terdapat 6 buah rumah panjang akan mendapat manfaat di Gelanggang Rakyat di Tr. Bantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan