Khamis, 22 April 2010

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA 2010

TEMPAT: MIRI-LONG PELUTAN, BARAM

TARIKH: 6-9 MEI 2010

PENGENALAN

1. Program ini adalah merupakan satu bentuk kursus bagi memberi kemahiran serta pengetahuan tentang ilmu pengendalian kenderaan pacuan empat roda dengan cara yang betul serta selamat.

2. Disamping kursus, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali alam semula jadi yang terdapat di hutan malaysia.

3. Penglibatan peserta melalui interaksi dengan alam semula jadi dijangka akan memberi satu pengalaman baru, ilmu pengetahuan tentang kehidupan dalam hutan serta dapat membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal.

4. Program ini juga diharap dapat menarik minat peserta untuk menjadikan aktiviti pemanduan pacuan empat roda sebagai salah satu pilihan aktiviti riadah masa senggang mereka.

5. Melalui program seperti ini adalah diharap akan dapat membantu dalam mengembang dan mempromosikan lokasi-lokasi menarik bagi aktiviti pemanduan pacuan empat roda.

OBJEKTIF

1. Memberi ilmu pengetahuan secara teori dan pratikal tentang teknik pemanduan kenderaan 4 roda dan penggunaan peralatan yang bersesuaian.

2. Memberi pendidikan dan pengelaman rekreasi luar di samping memberi kesedaran tentang kehidupan di hutan.

3. Memupuk semangat silaturrrahim dan semangat berpasukan di samping meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental.

4. Memberi pengelaman dan kaedah pelaksanaan aktiviti di peringkat negeri kepada pegawai pelaksana aktiviti

MODUL KURSUS

1. Pengenalan kepada Kenderaan Pacuan 4 Roda

2. Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan 4 Roda

3. Komunikasi

4. Pemandu dan Pembantu Pemandu

5. Isyarat Tangan

6. Keselamatan

7. Sistem Gear/ Transmisi

8. Auto/ Manual Slub Lock

9. Transfer Caces dan Axies

10. Teknik Pemanduan Waktu Siang/ Malam

11. Komunikasi Semasa XPDC

12. Teknik dan Winching

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami :-


Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri

Tingkat 3, Blok A, Wisma Persekutuan 2,

P.O Box 1191, 98000 Miri

Tel : 085-417487 Fax: 085-429802

Rabu, 21 April 2010

Seminar Kerjaya Sehari di SMK Bario
















Bario;19 April 2010...Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah melaksanakan satu program Seminar Kerjaya Sehari di Dewan Sekolah SMK Bario. Seramai 158 orang pelajar telah mengikut porgram ini iaitu 70 lelaki dan 88 perempuan. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian En. Daniel Batin telah menyampaikan ceramah Peluang Latihan di IKBN manalala Penolong Pegawai En. Jack Janda Pioh telah menyampaikan ceramah peranan dan fungsi KBS kepada semua peserta seminar. Majlis Penutup disempurnakan oleh En. Yew Kok Wing iaitu pengetua SMK Bario.

Khamis, 8 April 2010

Lawatan Gelangang Rakyat P220 Baram

Bakong: Pihak Pejabat Belia dan Sukan Miri telah mengadakan lawatan ke Gelanggang Rakyat di Rh. Ingkas, Peninjau dan Rh Bantan di Jalan Bakong-Long Lama pada 7 April 2010 atas pelawaan kontarktor. Pihak pejabat berasa puas hati atas progress pembinaan gelanggang yang mana hampir 97% siap di kedua-dua gelanggang ini. Ketua Pejabat En. Daneil dan Penolongnya En Jack telah mengadakan lawatan setengah hari dan berharap penduduk di tempat berhampiran gelanggang ini nanti akan mendapat manfaat apabila projek ini di jangka siap sepenuhnya pada akhir April 2010...