Khamis, 22 April 2010

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA 2010

TEMPAT: MIRI-LONG PELUTAN, BARAM

TARIKH: 6-9 MEI 2010

PENGENALAN

1. Program ini adalah merupakan satu bentuk kursus bagi memberi kemahiran serta pengetahuan tentang ilmu pengendalian kenderaan pacuan empat roda dengan cara yang betul serta selamat.

2. Disamping kursus, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali alam semula jadi yang terdapat di hutan malaysia.

3. Penglibatan peserta melalui interaksi dengan alam semula jadi dijangka akan memberi satu pengalaman baru, ilmu pengetahuan tentang kehidupan dalam hutan serta dapat membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal.

4. Program ini juga diharap dapat menarik minat peserta untuk menjadikan aktiviti pemanduan pacuan empat roda sebagai salah satu pilihan aktiviti riadah masa senggang mereka.

5. Melalui program seperti ini adalah diharap akan dapat membantu dalam mengembang dan mempromosikan lokasi-lokasi menarik bagi aktiviti pemanduan pacuan empat roda.

OBJEKTIF

1. Memberi ilmu pengetahuan secara teori dan pratikal tentang teknik pemanduan kenderaan 4 roda dan penggunaan peralatan yang bersesuaian.

2. Memberi pendidikan dan pengelaman rekreasi luar di samping memberi kesedaran tentang kehidupan di hutan.

3. Memupuk semangat silaturrrahim dan semangat berpasukan di samping meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental.

4. Memberi pengelaman dan kaedah pelaksanaan aktiviti di peringkat negeri kepada pegawai pelaksana aktiviti

MODUL KURSUS

1. Pengenalan kepada Kenderaan Pacuan 4 Roda

2. Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan 4 Roda

3. Komunikasi

4. Pemandu dan Pembantu Pemandu

5. Isyarat Tangan

6. Keselamatan

7. Sistem Gear/ Transmisi

8. Auto/ Manual Slub Lock

9. Transfer Caces dan Axies

10. Teknik Pemanduan Waktu Siang/ Malam

11. Komunikasi Semasa XPDC

12. Teknik dan Winching

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami :-


Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri

Tingkat 3, Blok A, Wisma Persekutuan 2,

P.O Box 1191, 98000 Miri

Tel : 085-417487 Fax: 085-429802

Tiada ulasan:

Catat Ulasan