Peserta program seramai 30 orang peserta dan 20 buah motosikal berkuasa tinggi.Perjalanan mengambil 2 jam untuk sampai ke destinasi.Kami berkerjasama dengan persatuan motosikal di sekitar bahagian Miri.
Turut serta dalam program ini ialah Pegawai Belia dan Sukan bahagian Miri En.Danial Batin merangkap pengerusi program ini.
Pegawai Program ini ialah En.Marvelys Michael Dian dan para pegawai pejabat belia dan sukan bahagian Miri yang lain.Sepanjang pemerhatian semua perjalanan program berjalan dengan lancar dan seronok.Diharap program sebegini dapat dibuat lagi pada tahun hadapan untuk kita lebih mendekati dengan para belia dan remaja di sekitar bahagian Miri.
Rabu, 9 Disember 2009
Sabtu, 5 Disember 2009
Rabu, 2 Disember 2009
KLINIK SUKAN BARU PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2009 (PETANQUE)
TEMPAT : IKBN MIRI / SMK DATO PERMAISURI MIRI
Ahad, 1 November 2009
Ahad, 25 Oktober 2009
SESI TAKLIMAT KONSEP 1 BELIA 1 MALAYSIA
Isnin, 19 Oktober 2009
Ahad, 4 Oktober 2009
Selasa, 29 September 2009
JEMPUTAN RUMAH TERBUKA PENOLONG SETIAUSAHA SABERKAS,MIRI
BIODATA PENGGERAK KECERGASAN
BIODATA PENGGERAK RAKAN MUDA PARLIMEN SIBUTI
BIODATA PENGGERAK BELIA PARLIMEN BARAM
BIODATA PENGGERAK RAKAN MUDA P.220 PARLIMEN BARAM
NAMA : MARVELYS MICHAEL DIAN
TARIKH LAHIR: 13 OKTOBER 1982
TEMPAT LAHIR: KLINIK DESA BELURU, BARAM.
JAWATAN : PENGGERAK RAKAN MUDA PARLIMEN BARAM
BANGSA: IBAN
PENDIDIKAN:
- DIPLOMA KOMUNIKASI (USM) KOLEJ CHERMAI JAYA KUCHING
-IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN PENGKHUSUSAN KAUNSELING(UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK).
HOBI: BERSUKAN, BERSOSIAL
Jumaat, 25 September 2009
BIODATA PENGGERAK BELIA PARLIMEN MIRI
Rabu, 19 Ogos 2009
Biodata Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Miri
Penggerak Belia 2009
Tahniah dan selamat datang kepada penggerak belia P.220 Baram iaitu Cik.Karen Simon dan penggerak Belia P.219 Miri iaitu Cik.Siti Hidayahti Bt Yussof.Semoga kita dapat mengerak kan lagi generasi belia dengan mantap seiring dengan slogan kata 1 Belia 1 Malaysia.Tahniah sekali lagi dan selamat bertugas.....
Khamis, 23 Julai 2009
NAMA:RAHMAT ELLI
T.LAHIR:02 MEI 2009
TPT LAHIR:HOSPITAL UMUM KUCHING
ASAL:KUCHING
KELULUSAN:IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN
(UITM SAMARAHAN)
DIPLOMA PENTADBIRAN (UITM SAMARAHAN)
JAWATAN:PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S27
PERKHIDMATAN:1 TAHUN 2 BULAN
CIRI-CIRI:BAIK HATI,PERAMAH,DIKENALI RAMAI
PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA SEKTOR PERUMAHAN ETNIK SARAWAK 2009
Program ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat di 5 kawasan iaitu terdiri daripada Parlimen Miri,Parlimen Sibuti dan Parlimen Baram.Program ini merangkumi nilai-nilai murni modal insan melalui teras ke-4 Rakan Muda iaitu menambahbaik tahap dan kesinambungan kehidupan di kalangan remaja adalah melalui pelaksanaan pelbagai program rakan muda mengikut sektor khususnya sektor perumahan.
Program ini akan mengharapkan ciri-ciri utama aspek pembangunan remaja yang terdapat di dalam falsafah Pembangunan Program Rakan Muda iaitu pembangunan fizikal,mental dan spritual dengan elemen pembangunan masyarakat secara keseluruhan.Program ini mencakupi 4 elemen utama iaitu Interaksi Sosial,Perpaduan Kaum,Cintakan Negara dan Pengukuhan Ikatan.
Program ini akan dilaksanakan berasaskan 8 Gaya Hidup dan 4 program utama Rakan Muda.Pemilihan aktiviti yang ingin dilaksanakan adalah bergantung kepada kemudahan yang sedia ada di tempat itu seperti padang permainan,dewan,gelanggang sepak takraw dan sebagainya.
Dengan ini diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama penduduk kampung yang terpilih.
1 BELIA 1 MALAYSIA
Program ini akan mengharapkan ciri-ciri utama aspek pembangunan remaja yang terdapat di dalam falsafah Pembangunan Program Rakan Muda iaitu pembangunan fizikal,mental dan spritual dengan elemen pembangunan masyarakat secara keseluruhan.Program ini mencakupi 4 elemen utama iaitu Interaksi Sosial,Perpaduan Kaum,Cintakan Negara dan Pengukuhan Ikatan.
Program ini akan dilaksanakan berasaskan 8 Gaya Hidup dan 4 program utama Rakan Muda.Pemilihan aktiviti yang ingin dilaksanakan adalah bergantung kepada kemudahan yang sedia ada di tempat itu seperti padang permainan,dewan,gelanggang sepak takraw dan sebagainya.
Dengan ini diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama penduduk kampung yang terpilih.
1 BELIA 1 MALAYSIA
Selasa, 21 Julai 2009
FUTSAL PERSAHABATAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN MIRI VS JABATAN AUDIT NEGARA
SELASA: Perlawanan persahabatan di antara Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Jabatan Akauntan Negara.Perlawanan tersebut bertempat di gelanggang serbaguna Piasau Jaya.Objektif perlawanan persahabatan tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara jabatan yang ada di sekitar Miri serta mengamalkan gaya hidup sihat justeru menjadi role model kepada para belia supaya sentiasa mengamalkan amalan hidup sihat.Diharap perlawanan persahabatan seperti ini diteruskan dari masa ke semasa.
Sabtu, 28 Mac 2009
PROGRAM RAKAN MUDA KHIDMAT MASYARAKAT 2009
Pada bulan april yang lepas Program Rakan Muda Khidmat Masyarakat telah di adakan di Tr.Keyai Sungai Lutong Bakong,Baram.Perjalanan dari bandaraya Miri mengambil masa 2 jam untuk sampai.Keadaan di kawasan rumahpanjang pada masa itu banjir.Tetapi ini tidak mematahkan semangat En.Daniel Batin Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan En.Marvelys Michael Dian Penggerak Rakan Muda Parlimen Baram untuk meneruskan program tersebut.
Jumlah peserta pada masa itu seramai 55 orang daripada sekitar kawasan rumahpanjang tersebut.Pada sebelah malam nya semua peserta di beri taklimat tentang program tersebut dan apa aktiviti atau pembahagikan tugas untuk esok paginya.Pada keesokan harinya semua peserta turun bergotong royong untuk membaik pulih jambatan utama untuk penduduk rumahpanjang mengerjakan pekerjaan seharian.Dalam pemerhatian saya semua penduduk dapat mewujudkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam membuat sesuatu kerja.Ucapan terima kasih kepada penduduk rumahpanjang kerana sudi menerim kehadiran program kami ini.
Sabtu, 7 Mac 2009
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT RAKAN MUDA 2009
Pada bulan mac yang lepas program gaya hidup sihat rakan muda telah di adakan di Kampung Long Bemang Baram.Perjalanan ke sana dari bandaraya Miri mengambil masa 7 jam untuk sampai ke Long Bemang.Pengangkutan ke sana hanya boleh menggunakan pacuan 4 roda sahaja ini keran kita terpaksa menggunakan jalan balak dan jalan yang masih belum siap di turap.Kampung ini mempunyai 250 pintu dan di bahgikan kepada 6 blok rumahpanjang.Suku kaum di sini adalah suku kaum kayan.
Objektif daripada program ini di jalan kan adalah untuk menanam kesedaran masyarakat belia akan kepentingan tanggungjawab sosial dalam membina masyarakat yang sejahtera,membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi ,sosial,dan politik berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu berasaskan semangat sukarela.
-aktiviti khidmat masyarakat
-pemenang peserta paling aktif
- senamrobik
Objektif daripada program ini di jalan kan adalah untuk menanam kesedaran masyarakat belia akan kepentingan tanggungjawab sosial dalam membina masyarakat yang sejahtera,membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi ,sosial,dan politik berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu berasaskan semangat sukarela.
-aktiviti khidmat masyarakat
-pemenang peserta paling aktif
- senamrobik
Langgan:
Catatan (Atom)